AKHLAK DAN TASAUF

SUBJEK:

AKHLAK DAN TASAWUF
PPPY1192

SEMESTER 1 SESI 2009/2010

TAJUK:

BERILMU DAN BERAKHLAK : SEJAUH MANAKAH
HUBUNGANNYA?

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR IHSAN BIN MOHD NOOR A129700
MOHD KHAIRI BIN AHMAD A129724

PENSYARAH:
USTAZAH KHADIJAH AINI BINTI SALLEH

MASA TUTORIAL:
RABU: 6.00-7.00 PTG

ISI KANDUNGAN

1.0 pengertian Ilmu 2
2.0 bahagian Ilmu 3
2.1 Ilmu wahyu 3
2.2 Ilmu kasbi (usaha) 3-4
2.3 Ilmu wahbiah 4
3.0 katgori Ilmu yang wajib dipelajari 4
3.1 Ilmu fardu ain 5
3.2 Ilmu fardu kifayyah 5

4.0 objektif ilmu 6
5.0 kelebihan orang yang berilmu 6-7
6.0 akibat orang yang tidak berilmu 7-8
7.0 kedudukan orang yang berilmu 8
8.0 kedudukan orang yang tidak berilmu 9
9.0 faedah mempelajari ilmu pengetahuan 9

10.0 pengertian akhlak 10-11
11.0 perkataan akhlak: sudut istilah 11-12
12.0 sumber-sumber akhlak 12
13.0 kepentingan akhlak dalam kehidupan 13-14
14.0 kedudukan akhlak dalam islam 14-15
15.0 faktor-faktor pembentukan akhlak mulia 15-16
16.0 kelebihan orang yang berakhlak mulia 16-17
17.0 keburukan orang yang tidak berakhlak 17-18
18.0 sejauh manakah hubungan berilmu dan berakhlak 18-19
19.0 kesimpulan 19-20
20.0 rujukan 20

1.0 PENGERTIAN ILMU

Perkataan ilmu berasal daripada bahasa arab iaitu ‘ilm’ yang bererti pengetahuan, perkataan ilmu ini merupakan lawan kepada kata ‘jahl’ yang bererti tidak ketahuan atau dengan kata yang lain kebodohan. Kata ilmu juga kebiasaanya disepadankan dengan kata arab yang lain, iaitu seperti ma’rifah (pengetahuan), fiqh (pemahaman), hikmah (kebijaksanaan), dan al-syuur (perasaan). Diantara perkataan-perkataan bahasa arab itu, makrifah adalah perkataan ang sering digunakan berbanding dengan yang lain. (Drs.H.Kafrawi Ridwan,M.A,2004:200)

Selain itu juga pengetahuan pula terbahagi kepada dua jenis pengetahuan, iaitu pengetahuan biasa dan pengetahuan ilmiah. Pengetahuan biasa diperoleh daripada seluruh bentuk usaha kemanusiaan, seperti perasaan, fikiran, pengalaman, pancaindra manusia itu,dan institusi seperti pondok-pondok ilmu, sekolah, universiti untuk mengetahui sesuatu tanpa memperhatikan objek, cara, dan kegunaannya. Dengan kata yang lain, ataupun dengan bahasa yang mudah dipahami, pengetahuan biasa adalah, pengetahuan yang diperoleh hasil daripada usaha manusia yang biasa tanpa ada kajian, ataupun pemerhatian yang mendalam, contohnya semasa di sekolah, pelajar hanya mendengar dan mengambil hanya apa yang diajar sahaja, tanpa ada kajian yang mendalam selepas itu. Dalam bahasa inggeris pula jenis pengetahuan ini disebut knowledge iaitu pengetahuan.

Manakala pengetahuan ilmiah pula merupakan keseluruhan bentuk usaha kemanusiaan untuk mengetahui sesuatu. Pengetahuan ini sama maksudnya dengan pengetahuan biasa tetapi berbeza dari segi memperhatikan objek yang dikaji, cara yang digunakan, dan kegunaan pengetahuan tersebut, kerana jenis pengetahuan ini menkaji dengan sedalam-dalamnya. Dengan kata yang lain, pengetahuan ilmiah memperhatikan objek ontology, landasan epistemology, dan landasan aksiolagi daripada pengetahuan itu sendiri.

2.0 BAHAGIAN ILMU

Untuk menjadi orang berilmu, seseorang perlu kepada ilmu. Ilmu itu pula mestilah diperolehinya melalui sumber ilmu. Sumber ilmu itu pula bukanlah satu sahaja dan bukan dua, seperti fahaman sesetengah pihak. Tetapi, sumber ilmu ini kalau dikaji, ianya ada berbagai-bagai. Selama ini ada yang telah sempitkan sumber ilmu ini sehingga ia tertumpu kepada satu-satu sumber ilmu sahaja. Boleh pula orang itu mengaku yang dia ilmuan atau ulamak bersandarkan pada satu sumber ilmu sahaja. Eloklah, dinyatakan di sini sumber ilmu untuk seseorang seperti berikut:

2.1 ILMU WAHYU

Ilmu wahyu adalah ilmu yang disampaikan oleh allah swt kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus,atau melalui perantaraan malaikat dan terus jatuh ke dalam hati mereka dan terus dapat dihafal dan tidak lupa selama-lamanya. Jenis ilmu ini juga berlaku tampa usaha, ikhtiar, dan tanpa mereka belajar. Inilah mauhibbah ataupun anugerah dari allah kepada hambanya. Contoh ilmu wahyu adalah, al-quran, taurat, injil, zabur. Justeru itu siapa yang menolak ilmu ini (wahyu) secara outomatik ataupu secara terus seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir. Manakala di ahirat pula akan jatuh ke neraka serta kekal seamanya.

2.2 ILMU KASBI (USAHA)

Sebagai ilmu yang diusahakan. Di sini seseorang itu mendapat ilmunya dengan cara belajar secara langsung dengan guru. Boleh juga dia mendapat ilmu melalui hasil bacaan dan kajiannya pada kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Boleh juga dia mendapat ilmu hasil berbincang dengan rakan-rakan yang sealiran atau mereka yang tinggi ilmunya. Selain itu juga, ada yang belajar dengan alam sekeliling. Contohnya dengan melihat kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Ini boleh berlaku bilamana seseorang itu bermusafir, maka banyaklah yang dia boleh pelajari daripada permusafirannya. Ilmu juga boleh datang melalui pengalaman hidup. Contoh bila seseorang itu ditimpa kesusahan, dia berusaha menyelesaikan masalah hidupnya yang susah itu, maka dari situ dia medapat ilmu.

2.3 ILMU WAHBIAH

Ilmu ini bukanlah diperolehi daripada usaha manusia. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba yang dicintainya. Jelas, sepertimana firmanNya yang bermaksud: Orang yang bertaqwa kepada Allah itu maka Allah akan berinya ilmu. Juga dalam maksud sepotong hadis: Barangsiapa yang mengamalkan apa yang dia tahu, maka berhak bagi Allah mengajar dia perkara yang dia tidak tahu. Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu wahbiah atau ilmu ilham. Iaitu ilmu yang Allah campakkan ke hati orang-orang yang bertaqwa kepadanya. Ilmu seperti ini biasanya bukan ilmu asas. Kerana sudah maklum orang bertaqwa sudah selesai ilmu asasnya seperti ilmu fardhu ain. Apa yang mereka dapat adalah ilmu yang seni-seni dan halus-halus yang boleh menggetar jiwa. Ilmu yang boleh mengubah dirinya dan diri orang lain untuk bertambah dekat dengan Allah. Ilmu yang boleh memberi kesan pada jiwa hingga semakin cinta dan semakin takut kepada Allah. Ilmu yang boleh menyelesaikan berbagai-bagai permasalahan hidup masyarakat.

3.0 KATEGORI ILMU YANG WAJIB DIPELAJARI

Kategori ilmu yang wajib dipelajari terbahagi kepada dua jenis ilmu,antaranya ialah ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayyah, di bawah akan jelaskan
3.1 ILMU FARDHU AIN

Ilmu fardhu ain adalah merupakan ilmu asas kepada islam, ataupun ilmu utama untuk islam, setiap yang mengakui dirinya adalah islam, dengan mengucap dua kalimah syahadah mesti mempelajari ilmu ini. Dengan kata yang tegas wajib mempelajari ilmu ini, dikuatkan lagi dengan firman allah swt maksudnya “ katakanlah (muhamad) tidaklah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui”. Selain itu juga, rasul saw juga bersabda untuk menguatkan kewajipan mempelajari ilmu fardhu ain, sabdanya berbunyi “menuntut ilmu agama (yang daruri) atau teras itu adalah wajib ke atas setiap muslim”. Ilmu fardhu ain terdiri daripada akidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi orang yang diwajibkan untuk mengeluarkanya, haji bagi orang yang berkemampuan, maksiat-maksiat hati, tangan, mata, dan sebagainya lagi.

3.2 ILMU FARDHU KIFAYYAH

Kifayah dari segi bahasa bermaksud ‘mencukupi’ dan ‘memadai’. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.

4.0 OBJEK ILMU

Objek ilmu pengetahuan dalam islam dilihat secara hierarkis, iaitu setiap ilmuan muslim memiliki ataupun mempunyai pandangan tersendiri mengenai dengan objek ilmu ini. Kerana itu juga, hierarki ilmu pengetahuan yang mereka buat mempunyai perbezaan juga. Namun begitu, objek ilmu metafisis, iaitu ilmu yang berkaitan dengan kebenaran pada umumnya dianggap memiliki nilai lebih tinggi dalam hierarki, berbanding sekali dengan ilmu yang berkaitan dengan kebutuhan ekonomi hanya berada dibawah. Selain itu juga, dengan tersebarnya banyak cabang-cabang ilmu, seperti ilmu fikh, ilmu tasawuf, ilmu akidah dan sebagainya lagi yang tumbuh dan seterusnya tersebar dalam islam telah memberi inspirasi kepada sebahagian-sebahagian ilmuan islam ataupun dipanggil lamak dalam islam untuk membuat klasifikasi ilmu. Menurut (Ade Armando:9) klasifikasi ilmu yang dimaksudkan adalah sebahagian acuan bagi setiap orang ataupun individu untuk mengetahui system pendidikan islam yang secara komprehensif.

5.0 KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU

Siapapun orangnya didunia ini pasti ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ingin berhasil didunia harus tahu ilmu. Begitu juga untuk mencapai kebahagiaan mesti mempunyai ilmu dan cara-caranya untuk mencapainya, tahap demi tahap harus dilalui dengan kesungguhan, keuletan dan kesabaran. Apapun urusannya harus berdasarkan Al-qur`an dan sunnah Rosul. Ilmu lebih penting dari harta. Diantara kelebihan Ilmu adalah:

1. Pahala ilmu tidak akan berhenti jika kita mempelajarinya dan mengajarnya, dan orang mengamalkan apa yang kita ajar. Kerana sabda rasul saw tiga perkara yang akan kita bawa selapas meninggal, iaitu doa anak soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang di ajar dan diamalkan

2, Orang yang berilmu mampu mengambil hikmah dari suatu peristiwa. Pada akhir jaman seperti ini ilmu (hikmah adalah sesuatu yang hilang pada diri orang- orang muslim, karena banyaknya ulama-ulama yang wafat sebelum kita bisa menguasai ilmu -ilmu yang beliau miliki).

3. Dengan ilmu kita dapat merasakan cara untuk menikmati harta yang kita dapatkan untuk menafkahi keluarga ,beramal dan lainnya untuk kemaslahatan umat islam

4. Orang yang berilmu memiliki akhlak yang baik dan berbudi bahasa serta sentiasa takutkan kepada allah kerana ilmu yang mendidik dirinya kepada sifat mulia dan terpuji

5. Melalui ilmu juga seseorang itu dapat mempertingkatkan tamadun dan masyarakatnya, kerana dengan ilmu sahaja bangsa dan Negara dapat dibentuk dengan sempurna

6.0 AKIBAT ORANG YANG TIDAK BERILMU

Sama juga dengan kelebihan orang yang berilmu, keburukan orang yang tidak berilmu juga banyak. Di antara keburukan orang yang tidak berilmu kepada diri sendiri,masyarakat dan Negara adalah seperti berikut :

1. amala yang dilakukan (yakni amalan yang dilakukan oleg golongan yang tidak menpunyai ilmu pengetahuan) adalah sia-sia disisi tuhan pencipta alam, kerana kita dilahirkan tidak berilmu, dan mencari ilmu itu adalah wajib.

2. amalan yang dilakukan tanpa ilmu juga boleh menbawa kesesatan kepada diri sendiri, dan ia juga boleh menyesatkan orang lain, kerana apa yang diamalkan dia sendiri tidak pasti betul ataupun salah.

3. selain itu, dengan tidak berilmu juga sesebuah tamadun Negara juga menjadi mundur ataupun tidak berkembang, tidak ada perubahan seperti tidak maju kepada maju. Contohnya India, dengan ketiadaan orang yang berilmu Negara mereka menjadi semakin mundur dan terus mundur

4. dengan tidak berilmu juga masyarakat di sesbuah Negara itu akan dipandang hina, dipandan jijik oleh Negara-negara maju. Kerana dengan ketiadaan ilmu pengetahuan di dada pendapat-pendapat mereka tidak akan diteima, tidak akan dihirau.

7.0 KEDUDUKAN ORANG YANG BERILMU

Kedudukan orang yang menuntut ilmu ataupun orang yang mempunyai ilmu pengetahuan sebenarnya sangat banyak bila dikaji, antaranya ialah:

1. Orang yang berilmu ini akan mendapat keiistimewaan dari allah, ataupun tempat yang istimewa disisi allah , Diantara keistimewaanan allah yang diberi kepada mereka ialah dengan meningkatkan darjat serta kemuliaan semasa di dunia dan di akhirat kelak.

2. selain itu juga, kedudukan orang yang berilmu adalah mereka ini akan dipandang mulia oleh masyarakat dan juga dihormati. Ini kerana manusia hanya melihat dari sudut tingkah laku seseorang, seperti di ketahui orang yang mempunyai ilmu akan sentiasa bersikap bijaksana, lemah lembut ketika bercakap dan sebagainya lagi.

3. dengan itu juga mereka ini (yakni orang yang berilmu pengetahuan ) mereka akan memperolehi pahala yang berterusan kerana ilmunya yang diajar menjadi amalan dan panduan manusia. Paala ini juga tida akan berhenti walaupun dia telah meninggal dunia jika adayang masih mengamalkanya

8.0 KEDUDUKAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

1. orang yang tidak berilmu akan menyebabkan pelbagai masalah kepada diri mereka sendiri, masyarakat, dan juga pada Negara. Antaranya ialah membinasakan diri sendiri, buli, dan sebagainya.

2. orang ang tidak berilmu juga boleh berlaku penganguran dan suka berpelisiran dimana-mana sahaja seperti di pusat membeli belah dan di tepi-tepi jalan sedangkan hal ini ditegah oleh nabi saw.

3. selain itu juga, dengan kedudukan mereka ini, kemungkinan besar kemungkaran berlaku berleluasa disekenat tempat, kerana tiada panduan untuk memandu mereka dalam melakukan sesuatu tindakan.

4. mereka juga akan dibenci oleh allah swt, dan mereka juga akan ketinggalan dalam semua bidang seperti eonomi, politik, sosial, dan pertahanan Negara

9.0 FAEDAH MEMPELAJARI ILMU PENGETAHUAN

Seperti mana kita ketahui bahawasanya banyak faedah bagi orang yang mempelajari ilmu pengetahuan, antaranya ialah seseorang itu dapat mengetahui kebesaran dan kekuasaan allah. Dengan ilmu pengetahuan juga, seseorang itu dapat memajukan sesebuah Negara disamping sebagai penggerak masyarakat. Selain itu juga, ia dapat membawa atau membentuk peribadi seseorang ke arah peribadi yang mempunyai kebaikan, dengan menjadi role model, ataupun menjadi contoh yang baik seperti, tidak bercakap bohong, mengumpat, mencuri dan sebagainya lagi. Dan akhir sekali memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.

10.0 PENGERTIAN AKHLAK

Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan khuluq yang bermaksud tabiat, kelakuan, atau tingkah laku (al-tbi’ah), perangai, (al-sajiyah), maruah (al-mu+ru’ah), kezaliman atau kebiasaan (al-adah).

Berakhlak. perkataan yang sama dengan beretika dalam erti kata etika Islam. Walaupun berakhlak itu mudah disebut tetapi belum tentu mudah untuk dipraktikkan sebaik-baiknya kecuali oleh orang yang beriman. Oleh kerana adanya iman maka timbullah perasaan untuk berbuat kebaikan, timbul ehsan, timbul rasa kemanusiaan yang tinggi, timbul rasa hormat menghormati, timbul rasa kesediaan berkorban tanpa mengharapakan apa balasan selain balasan daripada Allah, timbul rasa kasih sayang kepada ibu bapa, timbul rasa ingin berlaku adil, timbul sifat amanah, dan tidak rasuah, tidak berbohong dan sebagainya. Semuanya itu adalah akhlak yang terbit dari ilmu dan iman.

Akhlak seumpama ini akan tidak ada jika ilmu dan iman tidak ada. Sebab itu salah satu fungsi terpenting Rasulullah Sallalllahu Alaihi Wasallam diutus ke alam ini adalah untuk menunjukkan kepada manusia akhlak yang mulia, dan salah satu unsur yang terpenting dalam tamadun atau civilization manusia mengikut nilai-nilai Islam ialah berakhlak yang mulia. Ini kerana manusia walau macam mana pun kemajauan yang dicapainya dari segi saintifik namun sekiranya ia tidak mempunyai akhlak yang baik maka ia dikira tidak bertamadun. Sebab itu Allah menjadikan orang yang berilmu, beriman dan berakhlak itu sebagai khalifah Allah di bumi ini. Orang yang mempunyai ciri-ciri sedemikian ialah orang-orang Islam.
Islam adalah agama sejahtera. Muslim bermakna orang yang berserah diri kepada Allah dan membawa kesejahteraan. Kesejahteraan itu bukan hanya setakat di dunia malah membawa kepada kesejahteraan di akhirat. Kita bolebandingkan dengan jelas antara orang yang berakhlakdengan orang yang tidak berakhlak. Anak-anak kita belajar ke Barat dan ke Timur adalah untuk mendapatkan ilmunya bukan akhlaknya. Ini kerana kita melihat kehidupan di Barat misalnya adalah terlalu individualistik, mereka tidak memperdulikan soal-soal kejiranan, penghormatan dan kasih saying kepada ibu bapa terlalu kurang, dan seumpamanya. Tetapi akhlak yang lohor ini ada pada kita sebagai natijah dari ilmu dan iman yang menjadikan kita manusia yang berharga sebagai makhluk yang termulia.

11.0 PERKATAAN AKHLAK: SUDUT ISTILAH

Dari sudut istilah, perkataan akhlak ini telah ditafsir dengan berbagai pendapat olah ulama pada masa dahulu sepertin seperti Iman Al-Ghazali RA yang ditulis dalam kitabnya (Ihya’ ulum al-din) ialah suatu keadaan yang tertanam didalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukanpemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang keluar itu baik dan terpujimenurut syara dan aqal,perbuatan itu dinamakan akhlakyang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Ibn Miskawaih seorang ahli falsafah dan moral islam yang menyebut dalam kitabnya (Tahdhib al-Akhlaq) mengatakan perkataan akhlak dari sudut istilah ialah keadaan jiwa yang mendorong kearah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Ibrahim Anis dalam kitabnya (al-mu’jam al-wasit) sifat yang tertanam dalam jiwa, yang melahirkan berbagai perbuatan baik atau buruk tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan.

Keseluruhannya ,akhlak itu adalah sifat bagi diri-jiwa atau bagi diri nafsani darisudut iradah atau kehendak dan matlamatnya yang melahirkan nilai baik atau jahat.Dari dua ciri itu dapatlah diberikan bahawa akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri manusia,yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk. Secara ringkasnya akhlak boleh di takrifkan sebagai suatu kebiasaan yang dimaksudkan dan dikehendaki serta dipilihnya, yang mengarahkan kepada kebaikan atau kejahatan, ataupun keazaman yang berulang dan menjadi kebiasaan yang mengarah kepada kebaikan atau kajahatan dengan kejahatan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan.

12.0 SUMBER-SUMBER AKHLAK ISLAM

Firman Allah
ولقد آرمنا بنى ادم و حملناهم في البر و البحر و رزقناهم من الطيبات
و فضلناهم على آثير ممن خلقنا تفضيلا
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberi rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah Al-Israa., Ayat 70).

Tentulah ada sebab mengapa Allah memuliakan manusia lebih dari makhluk lainnya, tidak lain kerana ilmu, iman dan akhlak.

Lebih jelas lagi dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

آنتم خير امة اخرجت للناس تامرون بالمعروف وتنهون عن المنكر و تؤمنون بالله

Ertinya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia , (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (Surat Ali-Imran, Ayat 110).

13.0 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

Salah satu ancaman terbesar yang dihadapi oleh umat Islam masa kini ialah keruntuhan akhlak dalam kehidupan yang berlaku di kalangan remaja. Data-data mengenai gejala sosial yang dilaporkan amat mengejut dan menakutkan kita. Dalam kajian mengenai moral perempuan yang dijalankan oleh seorang ahli akademik di unuversiyi kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 886 daripada 887 pelajar dalam kategori ‘berisiko tinggi’ yang menuntut di sekolah menengah mengaku pernah melakukan hubungan seks. Kajian juga mendapati 98 peratus pelajar terbabit dalm kongsi gelap, 96.8 peratus berjudi, 85.4 peratus melakukan vandalism, 77.2 peratus ponteng sekolah, dan 97.3 peratus terdedah kepada bahan lucah. Dengan ini jelas manunjukkan kepada kita jika seseorang itu tidak berakhlak, perbuatan mereka seperti malah lebih teruk lagi dari perbuatan haiwan.

Begitu juga dengan kebejatan perbuatan tidak berakhlak yang lain seperti kes pembuangan bayi juga didapati sudah menaik secara mendadak. Saban hari kita didedahkan dengan kejadian pembuangn bayi yang menyayatkan hati di mana perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakatyang diktakan sudah bertamadun. Tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima bahawa itulah yang sebenarnya berlaku di Negara ini setelah kepentingan akhlak dalam kehidupan mereka sudah hilang. Kelahiran anak-anak luar nikah yang cukup tinggi hasil daripada pergaulan dan seks bebas yang diamalkan oleh golongan muda-mudi yang tidaj berakhlak. Oleh itu kita boleh buat ukuran nilai, neraca dan panduan kepada akhlak masyarakat pada zaman sekarang ini.

Sejak akhir-akhir ini juga, turut menyaksikan kemunculan beranekaa kumpulan yang tidak ada akhlak dalam kehidupan mereka dan juga boleh menyebabkan kepada keruntuhan akidah di kelangan mereka. Diantara kumpulan mengamalkan fahaman salah yang sedang pesat berkembang pada masa ini ialah Black Metal yang merupakan satu ajaran syaitan bertujuan untuk merosakkan pemikiran dan pegangan umat islam. Para pengikut kumpulan ini juga ramai terdiri daripada golongan muda yang melakukan pemujaan kepada syaitan. Mereka diindokrinasikan supaya membencikan agama. Salah satu cara untuk memanisfstasikan perasaan anti agama itu dengan mengoyak dan memijak al-Quran. Mereka juga menari dan melakukan seks di atas Quran sehingga satu peringkat mereka akan kencing atas Quran secara beramai-ramai. Berdasarkan peristiwa itu, lambang keperibadian akhlak dalam masyarakat kita sangat lemah sehingga berani membuat perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.A

14.0 KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Menurut islam seperti yang digariskan oleh al-Quran bahawa akhlak adalah menjadi syarat mutlak kepada kemajuan, ketinggian umat dan tamadunnya. Seterusnya menjadi syarat mutlak kepada kekal, keterusan umat dan tamadunnya. Menganalisa kisah sejarah umat manusia seperti yang dirakamkan oleh al-Quran akan sampai kepad kesimpulan bahawa kehancuran dan kemusnahan umat dan tamadunnya tidak terpisah sama sekali dari faktor akhlak; iaitu ketiadaan sistem akhlak dalam kegiatan hidup masyarakat dan bernegaranya. Jelasnya krisis moral dan keruntuhan akhlak adalah sebab awal dan terakhir kepada kerosakan tamadun dan kehancurannya.

Jelas dan ringkasnya pembangunan tamadun kebendaan yang dituntut dan diakui oleh islam ialah pembangunan tamadun yang mengikut panduan dan pimpinan Ilahi. Maka dengan itu akan selaras dan selarilah antara alm ciptaan yang tunduk patuh,menyerah dan sujud kepada Allah untuk dipergunakan oleh manusia yang juga tunduk patuh menyerah dan sujud kepada Allah. Kedua-duanya selari dan selaras sebagai sifatnya makhluk yang dicipta untuk tunduk, patuh, menyerah dan sujud kepada Allah, maha pencipta. Kesesuaian dan keselarasan antara kedua, alma manusia dan alam semesta dalam landasan “tunduk kepatuhan, menyerah dan sujud kepada Allah maha pencipta” itulah asas kepada kesejahteraan hidup dan tamaddun manusia yang sebenar dan hakiki. Penguasaan manusia keatas alam benda atau alam semesta yang tumduk patuh, menyerah dan sujud kepada allah tuhan yang maha penciptanya untuk diperguna dan diperalatkan oleh manusia dalam usaha membangun tamaddunnya di dunia, tetapi dirinya sendiri yang menguasai alam semesta itu engang daninkar untuk tunduk dan patuh menyerah sujud kepada Allah, kepada hidayah, pimpinan dan pnduannya, pasti akan mengakibatkan percangahan atau pertentangan dalam kehidupan dan tamadunnya. Dengan keenganan dan keingkaran manusia itu sudah pasti mereka menolak dan menafikan allah tuhan maha pencipta alam benda atau alam semesta yang dikuasainya. Dengan penolakan dan penafian kepada Allah tuhan maha pencipta manusia akan lupa dirinyasebagai manusia

Tidak dinafikan semua pihak dari semua lapisan mempunyai saham dalam usaha ini.tetapi perlu dutekankan bahawa individu dan para pemimpin sama ada yang berada di barasain yang berkuasa atau yang di luar berkuassa meempunyi peranan dalam mengatasi dan membentuk akhlak umat dan rakyatnya.

Usaha pembentukan suatu umat dan tammadunnya tidak dibina melainkan dengan menyeelesikan kresis dan keruntuhan akhlak generasi umatnya. Ini hanya dapat dilakukan melalui suatu kesatuan usaha dan kepanduan tenaga yang berasaskan kepada manhaj akhlak Illahi dan peratura rabbani.

15.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

Agama merupakan asas kepada pembentukan akhlak yang baik dalam diri manusia. Sebelum diutuskan nabi Muhammad S.A.W, pada masa itu dikatakan zaman yang berada dalam keadaan kegelapan atau jahiliah. Zaman kegelapan yang dimaksudkan itu ialah, zaman yang tidak ada dakwah islam. Disebabkan perkara itu, masyarakat pada masa tersebut sangat tidak berakhlak seperti membunuh bayi perempuan, berperang sesama sendiri, dan lain lagi.

Setiap orang perlu hidup dalam keadaan berakhlak. Akhlak juga yang menunjukkak seseorang itu manusia yang baik atau buruk perangainya. Akhlak berarti prilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia berati seluruh prilaku umat manusia yang sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan Hadist yaitu adab sopan santun yang dicontohkan dan diajarkan Rasulullah Muhammad SAW kepada kepada seluruh umat manusia ketika beliau masih hidup. Akhlak beliau adalah Al-Quran.

Akhlak atau adab sopan santun yang telah dicontohkan dan diajarkan Rasulullah Muhammad SAW itu meliputi akhlak manusia kepada Allah SWT dan Akhlak terhadap sesama ciptaan Allah, termasuk didalamnya akhlak terhadap diri sendiri karena diri sendiri itu termasuk ciptaan Allah Juga, lahir dan batin

Secara garis besar, akhlak mulia itu dapat dikelmpokkan kedalam dua kelompok yaitu :

1 Akhlak kepada Allah
Akhlak mulia kepada Allah berati mengikuti seluruh perintah yang telah disampikan Allah kepada Rasul yang Maha Mulia Muhammad SAW. Seluruh perintah tersebut sudah tercatat dalam Al-Quran dan Hadith.

2 Akhlak kepada ciptaan Allah
Akhlak terhadap ciptaan Allah meliputi segala prilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun sesama ciptaan Allah yang terdiri atas ciptaan Allah yang gaib dan ciptaan Allah yang nyata, benda hidup dan benda mati.

16.0 KELEBIHAN ORANG YANG BERAKHLAK MULIA

Fadilat akhlak yang mulia bukan sahaja merupakan tarikan orang terdahulu untuk memasuki Islam, ianya juga menjanjikan kelebihan di akhirat. Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Sesungguhnya, diantara kamu yang paling saya sukai, dan yang paling dekat tempatnya denganku pada hari kiamat nanti, adalah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tabrani dan Ibn Habban)

Menunjukkan akhlak yang mulia amat penting, kerana ianya merupakan pintu dakwah yang paling utama. Tingkah laku kita menggambarkan ajaran Nabi kita. Kita perlu banyak bersabar dalam mengharungi cabaran kehidupan moden ini.

Dengan Prinsip Akhlak mulia ini kita mampu untuk menyesuaikan dalam konteks kehidupan zaman ini. Pada zaman ini, kelonggaran pengangan moral menarik kita ke lembah nafsu.Janganlah kita mengikut hawa nafsu.Sebaik-baik pegangan kita adalah akhlak yang suci. Akhlak yang kita pegang ini adalah ajaran yang tidak sekali-kali boleh digadaikan.

Dengan kita berpegang dengan akhlak mulia ini dan menunjukkan kerahmatan agama Islam, Insya Allah kita mampu membawa kesejahteraan dan menjadi contoh kepada semua. Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 159:

“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.”

17.0 KEBURUKAN ORANG YANG TIDAK BERAKHLAK

Dewasa ini, seringkali terpampang di dada-dada akhbar dan di corong-corong radio tentang permasalahan akhlak yang timbul rata-ratanya melibatkan remaja, baik lelaki mahupun perempuan. Bagi segelintir daripada kita mungkin merasakan ini bukanlah masalah kita. Asalkan tidak kena pada anak dan saudara mara kita sendiri, maka tak mengapalah kan?

Pernah suatu ketika Nabi SAW bertanyakan para sahabat baginda,

“Tahukah kalian, siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang rugi?” Mereka menjawab, “Orang yang rugi menurut pandangan kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham mahupun harta” dan Nabi SAW bersabda “Orang-orang yang rugi dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa amal solatnya, puasanya, zakatnya dan dia membawa seluruh amalannya, sedangkan dia telah mencaci ini dan menuduh itu, memakan harta ini, dan menumpahkan darah ini, maka akan ditebuskan perbuatannya ini dari amal kebajikannya dan ini dari amal kebajikannya. Jika telah habis kebaikannya sebelum seluruh amal kebaikannya dihisab, maka diambilkan dari amal keburukan mereka (orang yang pernah disakitinya), sehingga seluruh keburukan mereka dilemparkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Imam Muslim dan At-Tirmizi)

Nah, bagaimana orang yang di dunianya hebat dengan amal kebaikan baik solat, puasa, mahupun zakatnya boleh dihumbankan ke neraka? Tidak lain kerana keperibadian dan akhlaknya yang menyakiti dan menganiayai orang lain (tidak berakhlak mulia) yang menyebabkannya dihumban ke neraka. Moga kita semua dijauhkan dari mendapat kerugian yang besar ini. Ameen.

18.0 SEJAUH MANAKAH HUBUNGAN BERILMU DAN BERAKHLAK

seperti kita ketahui bahawasanya berilmu dan berakhlak adalah satu hubungan yang tidak dpat dipisahkan yang mana kedua-duanya ada kaitan antara satu sama lain. Seseorang yang dikatakan berilmu mestilah dia beramal dengan ilmunya, secara tidak langsung dapat membentuk akhlak peribadi yang mulia.

Walau baimanapun, ada segelintir masyarakat yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu dipelajarinyadan menyebabkan tingkah laku akhlaknya menjadi negative. Sebagai contoh, selalu mengumpat, sedangkan dia tahu bahawasanya perkara itu adalah haram dari segi hukumnya, tetapi sudah menjadi kebiasaan mulutnya dengan perbuatan tersebut, kecualilah jika mengumpat yang diharuskan oleh syara’. Begitu juga dengan perkara ain seperti menghormati ibi bapa, dan seumpamanya.

Selain itu, seseorang yang berakhlak tidak semestiya seseorang itu tidak berilmu, kerana orang yang berilmu itu dia sudah mengetahui pantang larang perbuatan oleh syara’ contohnya mencuri, seseeorang yang dikatakan berilmu dan beramal dengan ilmunya sudah mengetahui bahawasanyaperbuatan itu dilarang oleh syara’ secaraa tidak langsung orang yang berilmu itu tidak akan melakukan perbuatan tersebut dan seterusnya dapat membebtuk peribadi yang mulia.

19.0 KESIMPULAN

SUATU hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya.
Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya yang telah menyebabkan akhlak dirinya menjadi teruk.
Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.
Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya.
Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.
Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita dengan Allah dan tabiat dunia yang fana ini.

20.0 RUJUKAN

1. Mohd. Sulaiman Bin Hj. Yasin, 1992. Akhlak dan tasauf. Yayasan Salman Bangi, Selangor.

2. Syekh Abdul Qodir Bin Abdul Muttalib Al-Indusi, cetakan baru 2005. Penawar Bagi Hati. Fathani Thailand.

3. Ahmad Izzuddin Abdullah Khalafullah, 1969. Al-Sayyid Ibrahim Al-Dasuki. Al-Qahirah

4. Muhammad Al- Ghazali, 1974. Khuluq Al- muslim. Al- Qahirah

5. Syed Muhammad Naquib al- `Attas. 1993. Islam and secularism. Kulala Lumpur

6. Ramli Awang. 1997. Tasawwur Rabbani menurut al-Quran dan al-Sunnah. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
7. Ulwan, Nasih, (1995). Pendidikan Anak dalam Islam. Jakarta: Pustaka Amani.
8. Al-Quran resam osmani

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: