PENDIDIKAN AKIDAH

ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan 2

2.0 Definasi 3

3.0 Definasai pendidikan akidah 4

4.0 Cabaran pendidikan akidah dalam sisitem pendidikan nasional
4.1 Factor kementerian 5-6
4.2 Factor suasan sekolah 6-7
4.3 Factor pendidik 7-8

5.0 Harapan pendidikan akidah dalam sistem pendidikan nasional

5.1 peringkat sekolah 8-9

5.2 peringkat keluarga 10-11

5.3 peringkat Negara 12-14

6.0 Tujuan merialisasikan pendidikan akidah dalam sistem pendidikan nasional 15-16

7.0 Kesimpulan 16-17

8.0 Rujukan 17

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelaskan oleh Allah S.W.A dalam al-Quran.

2.0 DEFINISI

Definisi pendidikan mengikut kamus dewan menyatakan pendidikan merupakan 1. Perihal mendidik. 2. Ilmu pendidik, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan. 3. Didikan, latihan dan ajaran. Menurut perkataan Inggeris “Education” beasal dari perkataan Latin “Educare” yang bemaksud mengasuh, memilihara dan juga membimbing.

Mendapati di sini, bahawa melalui definisi tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses mengasuh kearah yang lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani. Agak sukar untuk mendapatkan satu definisi pendidikan yang sesuai bagi semua kaum, masyarakat dan negara.

Seterusnya jika ditinjau dalam erti yang lebih luas, pendidikan membawa makna mengubah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam sesuatu masyarakat. Proses pemindahan nilai budaya melalui pendidikan ini dapat diertikan sebagai pemindahan ilmu pengetahuan dari orang yang berpengetahuan kepada yang belum mengetahui. Dalam konteks ini pendidikan tidaklah terhad di sekolah sahaja, bahkan dapat berlaku di mana-mana sahaja seperti dirumah, di padang permainan, di taman bunga dan seumpamanya.

Selain itu, pendidikan juga berlaku dalam corak latihan. Latihan bermaksud membiasakan seseorang melakukan sesuatu yang tertentu supaya ia memperoleh kemahiran melakukannya, seperti menaip, membaiki, melukis dan sebagainya. Terdapat juga pendidikan yang berbentuk indoktrinasi. Ini adalah pendekatan yang berkehendakkan seseorang itu meniru dan mengikut apa yang disuruh oleh pengajar atau pendidik tanpa menyoal perbuatan itu. Pendidikan seperti ini biasanya banyak berlaku pada zaman kanak-kanak dan biasanya berlaku dalam pengajaran agama, adat resam dan tradisi.

3.0 DEFINISI PENDIDIKAN AKIDAH

Menurut kitab faridatul al-faraid fill ilmu tauhid karangan Ahmad bin Mohammad zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Fathoni, akidah berasal dari kata dasar bahasa arab iaitu ‘aqoda’ yang bermaksud ikatan atau simpulan, yang menunjukkan sesuatu yang teguh, mantap dan tidak mudah dipengaruhi. Akidah ini wajib dipelajari oleh semua orang yang beragama islam setelah mencapai usia akil baligh.

Menurut pandangan sulaiman yasin (1985), akidah Islam adalah kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh islam iaitu keimanan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam idea sehingga tidak mungkain terhurai dan terputus walau berada dalam apajua keadaan dan suasana sekalipun. Menurutnya lagi, pendidikan akidahterbahagi kepada dua bentuk iaitu dari segi zahir dan batin. Beliau mengtakrifkan pendidikan akidah adalah satu simpulan maknawi yang khusus dalam ideology dan kepercayaan seseorang beragama islam yang wajib dipelajari.

Pandangan A. Hassan dalam kitabnya Al-Tauhid pula, yang dimaksudkan dengan ilmu tauhid itu ialah ilmu yang menerangkan sifat-sifat Allah, yand wajib kita tahu dan percaya. Sudah biasa dari zaman dahulu, bahawa didalam ilmu ini ulama’ membicarakan rukun-rukun iman yang enam, dan rukun islam yang lima itu. Selain itu, ulama’ membicarakan perkara ghaib yang wajib kita percayai.

4.0 CABARAN PENDIDIKAN AKIDAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL

4.1 FACTOR KEMENTERIN

Seperti mana yang dapat perhatikan, pelajar sekolah sekarang ini sangat rendah pengetahuan agama. Ada setengah daripada mereka sampai tidak pandai membaca Al-Fatihah, islam mereka hanya terletak pada kad pengenalan sahaja.

Disebabkan perkara itu, keruntuhan akhlah semakin berluasa. Keruntuhan akhlak dari golongan pelajar berlaku mungkin terdapat banyak factor. Antaranya ialah pihak kementerian kerajaan itu sendiri yang menganak-tirikan mata pelajaran pendidikan islam adalah sebagai factor utama yang boleh menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Penglibatan dalam program kursus untuk menambah ilmu pengetahuan kepada guru pendidikan islam dibawah pihak kementerian sangat kurang berbanding dengan guru mata pelajaran lain. Jika diberi peluang kepada guru pendidikan islam untuk mengikuti kursus tersebut sekalipun adalah sekadar untuk mencukupkan tempat kekosongan sahaja atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Disebabkan perkara itu, guru pendidikan islam kurang mahir untuk mengajar pelajarnya dengan berkesan walaupun guru tersebut adalah seorang yang banyak ilmu pengetahuannya kerana murid tidak faham dengan teknik mengajar yang digunakan oleh guru tersebut.

Pihak kementerian juga perlu memilih seorang guru yang betul-betul berkelayakan semasa pemilihan guru. Guru pendidikan islam di Malaysia sekarang ini sekarang ini jika kita lihat ramai yang tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya, sijil mereka hanyalah sekadar cukup makan sahaja. Selain itu, semasa ujian temu duga pemilihan guru, pihak kementerian hendaklah memelih seorang yang betul-betul layak seperti mempunyai pengalaman mengajar dan lain-lain lagi.

Jika kita lihat mata pelajaran lain seperti sains, matematik, bahasa ingglish dan lain lagi, pelajar memberikan lebih penekanan dan belajar dengan lebih bersunguh-sunguh kepada mata pelajaran tersebut. Selain itu, guru-guru pula perlu memainkan peranan penting untuk mengajar pelajarnya supaya mereka dapat mengetahui pasal agama.

4.2 FAKTOR SUASANA SEKOLAH

Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi pelajar. Pelajar akan sentiasa memerhatikan setiap gerak langkah gurunya sebagai ikutan. Oleh yang demikian, guru hendaklah menunjukkan peribadi yang baik kerana pergerakan mereka sentiasa diperhatikan oleh muridnya.

Kita dapat perhatikan sekarang ini terdapat guru perempuan terutamanya memakai pakaian yang seksi dan tidak mentup aurat. Disebabkan perkara itu, para pelajar akan menjadi keliru terhadap tegasan guru mata pelajaran pendidikan islam dengan sikap guru mata pelajaran lain yang tidak menutup aurat. Oleh itu dalam membuntuk peribadi pelajar, semua pihak yang terlibat dengan sekolah hendaklah menunjkkan sikap yang baik termasuklah tukang kebun yang mengajar di sesebuah sekolah. Semua guru pula terutamanya yamg menjadi idola kepada pelajarnya hendaklah memainkan peranan yang penting untuk membentuk sahsiah pelajarnya, dan memimpin pelajar supaya mengikut ajaran agama.

Ibu bapa yang memandang rendah terhadap mata pelajaran pendidikan islam juga boleh menjadikan satu masalah kepada guru pendidikan islam untuk mengajar pelajarnya. Perkara tersebut biasanya berlaku di sekolah rendah kerana pendidikan islam tidak ada dalam ujian penilaian sekolah rendah UPSR. Disebabkan ibu bapa pelajar memandang rendah terhadap pelajaran pendidikan islam, menyebabkan pelajar bertambah tidak berminat untuk mengenali agama.

4.3 FAKTOR PENDIDIK

Ilmu merupakan teras paling penting dalam kehidupan kita. Ilmu juga menjadikan seseorang manusia itu dipandang dengan lebih tinggi darjatnya disisi Allah S.W.A dan mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat. Seorang guru hendklah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas agar dapat mengajar pelajarnya disekolah dengan berkeyakinan.

Pelajar pintar biasanya akan mencuba ilmu guru yang hendak mengajarnya. Sebagai contoh jika guru pendidikan islam, biasanya pelajar tersebut akan bertanyakan soalan pasal hukum hakam yang jarang ditemui, ataupun soalan tentang hubung kait diantara sains yang dipelajarinya dengan hukum dalam islam. Jika kita lihat sekarang ini, antara cabaran pendidikan akidah tidak dapat diterapkan dengan sempurna dalam diri pelajar disekolah ialah disebabkan guru itu sendiri yang gagal mengajar pelajarnya dengan berkesan, dan tidak dapat menjawab persoalan pelajar atau jika guru tesebut telahpun menjawabnya, jawapan yang diberi tidak memuaskan hati pelajarnya. Disebabkan perkara itu, pelajar tersebut kurang menghormati atau kurang berminat untuk belajar pendidikan islam dengan lebih mendalam, jika belajar sekalipun sekadar untuk masuk peperiksaan sahaja.

Selain itu, antara sabab pendidikan islam tidak dapat dipelajari dan diamalkan pleh pelajar sekolah kerana guru tidak mempunyai perancangan yang mantap untuk mengajar. Setiap mata pelajaran mempunyai cara dan strategi yang tersendiri untuk mengajar supaya pelajar mudah faham. Sebagai contoh mata pelajaran sains dan matematik, guru perlu bahyak beri latihan kepada pelajarnya, tetapi bagi pelajaran pendidikan islam latihan rumah perlu banyak seperti latihan sains dan metematik. Pelajaran pendidikan islam bagi menarik minat pelajarnya, semasa mengajar guru perlu banyak member nasihat dan kaunselin, selain itu menyuruh pelajar membuat latihan berdasarkan pemerhatian mereka kepada keadaan sekeliling.

5.0 HARAPAN PENDIDIKAN AKIDAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL

5.1 PERINGKAT SEKOLAH

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa beliau sangat sayang kepada orang muda atau berusia remaja kerana disebabkan golongan tersebutlah beliau dapat membangunkan islam dengan berjaya. Berdasarkan kisah tersebut, jelas menunjukkan kepada kita behawa pelajar sekolah merupakan pengerak kepada agama islam pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, sekolah merupakan tempat yang utama untuk membentuk akhlak pelajar. Pengetua sekolah merupakan ejen pengerak yang paling utama untuk memastikan keadaan sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik. Strategi pendidikan merupakan aspek penting untuk memastikan pelajar yang cemerlang dari semua sudut terutamanya dari sudut akidah yang baik dapat dikeluarkan. Dengan ini, pengetua hendaklah sentiasa memastikan sema guru dapat menjalan pengajaran dengan berkesan dan menunjukkan sikap yang baik semmasa berada di sekolah.

Selain pengetua, setiap guru juga perlu memainkan peranan untuk memastikan para pelajar dapat memahami agama dengan lebih berkesan. Antara cara utuk merialisasikan perkara tersebut adalah dengan bergabung dengan semua guru untuk membentuk akhlak pelajar. Dengan cara ini sekolah yang mengamalkan gaya hidup islam dapat dikeluarkan.

Yahudi pernah berkata, “kami telah merancang 10 perancangan untuk hancurkan umat Islam. Yang akan melaksanakan perancangan ini bukanlah di antara kami, tetapi umat Islam sendiri yang akan melaksanakannya.”
Maksudnya di sini, umat Islam sendiri yang akan membawa ideologi perancangan Yahudi dan mendokong perancangan tersebut serta di aplikasikan atau diserapkan di dalam dunia Islam, khususnya di Malaysia. Kita dapat lihat bahawa semua ini telah menjadi realiti di Malaysia.
Begitu juga perkara yang menyentuh tentang fardhu ain, hanyalah di ajar di kelas Fardhu Ain pada waktu petang.. Namun bukan semua yang mengikuti kelas ini. Maka ramailah murid yang ketinggalan atau jahil tentang fardhu ain. Kerosakan akhlak remaja kita kini berpunca daripada sistem pendidikan Islam pada akar umbi yang lemah, yang tidak boleh memberi penyelesaian kepada permasalahan dalam masyarakat. Amat disarankan agar strategi pengajaran yang dirancang oleh pihak sekolah mestilah realistik dengan keadaan semasa dan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap Islam bukan setakat fahami, malah memgamalkannya di dalam hidup seharian. Adalah lebih indah jika sistem pendidikan Islam ini pemangkin kepada penyelesaian gejala kerosakan remaja pada zaman ini dan yang kan datang.

5.2 PERINGKAT KELUARGA

Pembangunan pendidikan Islam di negara kita telah berjalan dengan lancar dan sistematik.
Jika dilihat kepada angka pelajar di institusi pendidikan agama di segala peringkat maka bilangannya telah meningkat ke angka ratusan ribu.
Bilangan pelajar agama yang agak besar ini memberikan gambaran yang jelas bagaimana para ibu bapa dan penjaga kanak-kanak sekarang amat prihatin dengan pendidikan agama dan sekali gus meletakkan harapan agar pendidikan agama akan dapat memberikan kekuatan kepada anak-anak mereka dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam masyarakat moden dan global ini.
Dengan harapan yang tinggi inilah maka para ibu bapa dan penjaga kanak-kanak berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.
Aliran ini menyebabkan sejak akhir-akhir ini permintaan untuk ke institusi agama telah meningkat berkali ganda melebihi bilangan tempat yang dapat disediakan.
semangat dan niat ibu bapa untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan berwadahkan ajaran agama adalah satu hasrat suci dan murni untuk kebaikan generasi kita yang akan datang.
Ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, anak-anak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang dilihat atau dibuat oleh ibu dan bapa mereka. Pembentukan peribadi kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada dipengaruhi oleh perwatakan ibu bapa. Perwatakan yang baik dapat dicontohi daripada Rasulullah S.A.W. dan juga para sahabat. Rasullah telah menggariskan matlamat utama perutusan Baginda ke muka bumi ini dalam hadisnya yang berbunyi “Hanyasanya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Sebagai contoh, keperibadian seorang sahabat Nabi, Usamah yang menjadi anak angkat Rasullah ketika beliau masih kecil sangat dikagumi ramai. Usamah hidup dalam keluarga Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian, Rasulullah sentiasa meluangkan masanya untuk bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien. Kasih dan sayang Rasulullah yang dicurahkan kepada cucu-cucunya itu menyamai kasih dan sayangnya kepadaUsamah.

Perwatakan Usamah sangat terserlah dengan peribadi yang mulia apabila beliau telah meningkat dewasa. Beliau menjadi seorang yang berani, cerdik dan bijaksana serta tahu menjaga kehormatan dirinya. Ketika beliau berumur 20 tahun, Rasulullah telah melantik Usamah sebagai panglima perang untuk memimpin bala tentera umat Islam tetapi pemergiannya untuk berjihad di jalan Allah tertangguh kerana Rasulullah telah wafat ketika itu. Inilah kesan daripada didikan Rasulullah terhadap Usamah yang bukan daripada keturunan baginda sendiri, namun kasih sayang baginda sebagai seorang bapa angkat tidak pernah terabai.

Ternyata, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa mereka di rumah. Jika baik perangai ibu dan ayahnya di rumah, maka insyaAllah baiklah perwatakan anak-anaknya. Jika tidak, perkara sebaliknya akan berlaku. Dalam mendidik anak-anak, perkara-perkara seperti mengajak anak-anak beramal, mengajak anak solat pada awal waktu, mengajak anak-anak solat di masjid, mengajak anak-anak berdakwah, mengajak anak-anak mengikut sunnah Nabi dan akhlak baginda S.A.W., dan mengajak anak-anak untuk bersyukur ke atas segala pemberian Illahi perlu dibiasakan dalam kehidupan mereka. Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorak anak-anak ini menjadi seorang Islam, Majusi atau Nasrani.

5.3 PERINGKAT NEGARA

Satu perkara lain yang harus disedari dalam konteks islam bahawa pelaksanaan pendidikan di negara kita dewasa ini adalah menekankan tentang k-ekonomi, dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bidang profesionalisme yang lain.
Hal ini sebenarnya tidak menyimpang daripada konsep ilmu dan pendidikan yang dianjurkan oleh Islam, iaitu menyepadukan ilmu wahyu dan ilmu yang dihasilkan oleh akal manusia, atau ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN) mempunyai tujuan yang amat baik, iaitu untuk mencapai objektif pendidikan Islam yang dimaksudkan itu, iaitu melahirkan manusia terpelajar yang sepadu keilmuannya, berkeperibadian unggul, berhiaskan nilai moral dan akhlak yang baik, dan cemerlang dalam kedua-dua aspek intelektualisme, dunia dan akhirat.
Berdasarkan hal itulah maka bidang pendidikan yang seharusnya diterokai oleh pelajar-pelajar Islam perlu diperluaskan agar melepasi sempadan-sempadan pendidikan kerohanian dan keagamaan yang difahami selama ini dalam konteks pendidikan agama, atau pendidikan Islam.
Sistem pendidikan yang merangkumi kurikulum, kaedah mengajar dan penyediaan buku teks serta tenaga pengajar mestilah dirangka dan direalisasikan berdasarkan konsep dan falsafah pendidikan Islam yang dimaksudkan itu.
Jika kita lihat bahawa di peringkat tinggi, falsafah dan konsep pendidikan Islam ini telah diterjemah dan dipraktikkan mulai tahun 1983 ketika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan.
Sistem ini seharusnya diteruskan dengan berhati-hati agar ia dapat benar-benar menepati objektif dan konsepnya yang sebenar dalam melahirkan intelektual yang berhikmah dan cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan keperibadiannya.
Bagaimanapun sistem ini seharusnya lebih banyak diturunkan ke peringkat yang lebih rendah iaitu ke sekolah-sekolah menengah bawah dan atas dengan beberapa peningkatan dan pengubahsuaian yang perlu.
Kita mestilah sedar sekiranya konsep dan sistem pendidikan Islam dilaksanakan secara silap, maka kita akan hanya mengeluarkan manusia yang tertutup minda dan pemikirannya, dan akan melahirkan individu yang lebih bersifat idealis terpisah daripada realiti masyarakat dan keadaan di sekelilingnya.
Aliran ini sebenarnya telah banyak melanda masyarakat Islam di negara-negara Islam sejak beberapa ketika, dan akibatnya telah dapat kita lihat bahawa umat Islam dalam masyarakat pada hari ini banyak sekali dilanda berbagai-bagai krisis tamadun dan pemikiran, di samping berada dalam kemunduran dan ketinggalan dalam bidang ilmu pengetahuan semasa.
Adalah diharapkan bahawa pendidikan Islam di negara kita akan dapat mengatasi masalah kelemahan para pelajar Islam dalam bidang sains dan teknologi, dan bidang profesional yang lain.
Hal ini perlu disedari, kerana angka para pelajar agama telah semakin bertambah dari tahun ke tahun. Bilangan yang banyak ini sepatutnya akan dapat memenuhi tujuan dasar kerajaan untuk menambah bilangan pelajar Melayu dalam bidang profesional.
Statistik ahli profesional yang berdaftar mengikut kumpulan etnik yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 1997 menunjukkan peratusan yang masih rendah di kalangan etnik Melayu dalam bidang perakaunan, arkitek, doktor perubatan, juruukur, peguam dan sebagainya.
Akauntan Melayu pada tahun 1977 berjumlah 1,766 berbanding Cina yang berjumlah 8,721, arkitek Melayu 419 dan Cina 1,026, jurutera Melayu 11,481, Cina 17,441, demikian juga dalam bidang yang lain, peratusan Melayu masih rendah berbanding etnik Cina.
Sungguhpun selepas tahun 1997 mungkin peratusan ini telah berubah sedikit, namun kita bulih katakan perangkaannya masih kecil. Sebab itulah bahawa pelajar-pelajar di sekolah agama seharusnya dapat memberi sumbangan untuk mengatasi kelemahan ini dan merapatkan jurang perbezaan yang amat ketara itu.
Satu cara bagi mengatasi hal ini ialah mencorakkan pendidikan Islam dan agama ke arah bidang yang lebih holistik dan sepadu, iaitu membuka saluran sains dan teknologi yang lebih luas dalam bidang pendidikan agama, agar kualiti pelajar agama yang cemerlang dan baik itu akan dapat dieksploitasi dengan kadar yang minimum.
Hal ini memerlukan anjakan paradigma dan perubahan cara berfikir dan tanggapan orang Islam sendiri tentang konsep dan falsafah pendidikan Islam itu.
Kalau masih digambarkan bahawa pendidikan Islam itu hanya dalam bentuk pendidikan sembahyang, puasa dan zakat serta haji, atau asas teologi sahaja, maka amat sukar bagi umat Islam membangun dengan kuat dan mencabar segala aliran baru dalam zaman globalisasi yang terlalu banyak memasukkan unsur-unsur antiagama dan ketuhanan ini.

Secara khusus, pendidikan akidah di Malaysia juga adalah berdasarkan aliran akidah menurut fahaman ahli Sunnah wa al-Jamaah (Mudasir Rosder 1998) dan aliran akidah ini menjadi teras kepada pendidikan Islam di peringkat KBSR dan KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia 1988, 1997). Objektif pengajaran dan pembelajaran akidah di kedua-dua peringkat ini secara umumnya adalah untuk memantapkan keyakinan pegangan akidah Islamiah di kalangan pelajar serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan pelajar dan mewujudkan benteng keagamaan kepada diri pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia)

6.0 TUJUAN MERIALISASIKAN PENDIDIKAN AKIDAH DALAM SISTEN PENDIDIKAN NASIONAL

Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini.

Oleh yang demikian, pendidikan akidah sepatutnya dijadikan mata pelajapan yang wajid diambil aleh semua pelajar yang beragama islam kerana setiap orang islam mesti mempelajari ilmu islam supaya amal ibadat mereka diterima oleh allah. Selain itu, jika seseorang yang membuat amalan tanpa ilmu. Amalan mereka atua ibadah mereka tidak akan diteria oleh Allah S.W.A.

Masa juga mamainkan peranan yang sangat penting dalam mengajar mata pelajaran pendidikan akidah ini. Sekarang ini, di kebanyakan sekolah masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran pendidikan islam sangat terhad, dalam satu minggu hanya dua atau tiga masa sahaja. Jika dibandingkan dengan pelajaran lain, masa yang diperuntukkan untuk mengajar pendidikan islam adalah 1/3 peratus. Sukatan pelajaran pendidikan islam tidak dapat dihabiskan oleh guru mereka. Seperti mana kita sedia maklum, setiap ilmu jika tidak dipelajari dengan sempurna, kita tidak akan dapat menguasai ilmu tersebut.

Peralatan yng lengkap untuk mengajar juga merupakan suatu factor penting dalam pengajaran pendidikan islam. Jika kita lihat matapelajaran sains dapat berkembang dengan cepat dan dapat melahirkan ramai pelajar yang berkebolihan dalam bidang tersebut antara punca kepada kejayaan mata pelajaran itu ialah setiap sekolah mesti mempunyai makmal sains. Dengan adanya makmal sains, para pelajar akan lebih semangat untuk mengajar. Jika perkara tersebut juga dilakukan kepada mata pelajaran pendidikan islam, sudah tentu pendidikan islam juga dapat melahirkan ramai pelajar yng mahir dalam ilmu agama kerana dalam pendidikan islam juga banyak ilmu yang memerlukan kepada secara amali untuk mengajarnya seperti pengurusan jenazah, tayammu dan lain lagi.

7.0 KESIMPULAN

Pada zaman Rasulullah, baginda menghasilkan generasi cemerlang berasaskan ajaran Al-Qur’an. Dalam maksud lain ialah bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya mendidik mereka dengan kekuatan aqidah, kehebatan peribadi, kekentalan semangat jihad dan jiwa amanah yang tinggi. Ini akhirnya diakui generasi pada zamannya serta pada zaman berikutnya telah membangun sistem contoh dan akhirnya merintis ke arah pembangunan tamadun. Antara faktor yang menghasilkan kecemerlangan tersebut ialah kecintaan mereka terhadap ilmu. Mereka juga bersifat terbuka untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat walupun dari sumber tamadun lain. Pada masa yang sama, tradisi ilmu itu dikembangkan menjadi sumber amalan.
Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan berteraskan falsafah dan prinsip Islam Berjaya membangunkan tamadun manusia umunya dan tamadun Islam khusunya. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu dan kegemilangan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya pendidikan Islam yang Berjaya mencetuskan kecemerlangan peradaban dan membangunkan modal insan dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal. Para intelektual pada masa itu berjaya menguasai pelbagai kepakaran dalam bidang tertentu.
Apabila diteliti maksud pendidikan itu sendiri, sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan dari nilai-nilai akhlak dan moral sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali yang menjelaskan bahawa pendidikan ialah menyamai budi pekerti mulia dalam diri kanak-kanak supaya merka dapat menilai antara yang benar dan yang salah manakala Said Muhammad Naqib Al-Attas menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan akhlak dan adab ke dalam diri seseorang.

8.0 RUJUKAN

1. Syekh Ahmad Al-fathoni, cetakan baru 2007. Faridatul Al-Faraid fill Ilmu Aqoid. Fathani Thailand.
2. Ulwan, Nasih, (1995). Pendidikan Anak dalam Islam. Jakarta: Pustaka Amani.
3. Ahmad Izzuddin al-Bayuni. 2003. Petunjuk Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah – 2 Jilid. Hasnan Kasan (ptrj) JAKIM: Kuala Lumpur
4. Al-Bahri, Muhammad. 1973. Min mafahim al-Quran fi al-aqidah wa al-suluk. Kaherah: Dar al-Fikr.
5. Ismail Raji Al Faruqi. 2000. Al-Tawhid: Kesannya terhadap pemikiran dan kehidupan. Batu Caves: Thinker’s Library.
6. Ramli Awang. 1997. Tasawwur Rabbani menurut al-Quran dan al-Sunnah. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
7. Syed Muhammad Naquib al- `Attas. 1993. Islam and secularism. Kulala Lumpur

5 Komen

  1. jayyidah89 said,

    Oktober 28, 2009 pada 5:01 pm

    salam…herm…bagus ustaz…syabas…nanti kuar harap2 boleh ngajar macam nilah…

  2. Khalid said,

    November 9, 2009 pada 6:27 am

    Bagus, ade peningkatan….teruskan update.

    • khai89 said,

      November 10, 2009 pada 12:09 pm

      kalau ada salah dan silap tolong la tunjukkan..

  3. qhairina said,

    November 10, 2009 pada 11:23 am

    mmg byk ilmu ni..

  4. farid aziz said,

    November 10, 2009 pada 3:53 pm

    salam…memang bagus post anta…teruskan usaha =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s