SILAT

SUBJEK:

SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

HHHK 1773

SEMESTER 1 SESI 2009/2010

TAJUK:

LAPORAN SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN 2009

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD KHAIRI BIN AHMAD A129724

DISEMAK OLEH:

CIKGU IDRIS BIN SHAFFIEE @ SHAFIE

MASA LATIHAN:

SABTU: 800-11.00 PG

PENDAHULUAN
Pada tanggal 31 Ogos 1957 negara kita telah mencatat suatu sejarah yang tidak dapat dilupakan dan menjadi titik tolak dalam pembangunan negara kita hari ini. Sejarah yang dimaksudkan pada tarikh 31 Ogos ialah negara kita telah mencapai kemerdekaan yang mana kemerdekaan ini memberi seribu erti dalam jiwa setiap rakyat negara kita amnya seluruh rakyat Malaysia sama ada Melayu ,cina ,dan India. Dan khususnya bagi golongan yang lahir pada tarikh kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957. Kini negara yang tercinta ini telah mencapai 52 tahun ulang tahun kemerdekaan.
Sejak tarikh kemerdekaan, negara kita telah banyak berlaku perubahan dari setiap sudut sama ada ekonomi, budaya, mahu pun politik. Kemajuan yang paling ketara dilihat ialah dari sudut ekonomi yang mana telah membawa negara kita kepada arus pembangunan yang pesat yang boleh dilihat pada hari ini seperti KLCC ,bangunan-bangunan kerajaan , sekolah-sekolah dan sebagainya. Kini negara kita berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara yang sedang membangun dan negara kita bergerak maju ke arah status negara maju seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawasan 2020. Kemerdekaan negara kita adalah amat bermakna jika dibandingkan dengan negara lain yang masih dijajah. Selepas kita mendapat kemerdekaan masyarakat Malaysia hidup dalam aman dan damai tanpa huru-hara sebagaimana yang di alami oleh beberapa buah negara lain seperti Iraq dan Thailand yang sentiasa berperang sedangkan kita tidak seperti itu. Kemerdekaan yang capai hari hasil titik peluh pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu sehinggakan ada di kalangan pejuang kita yang menghembuskan nafas yang terakhir yang ditemani darah-darah yang berlumuran namun kita hari ini haruslah mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang yang tidak terhingga terhadap negara.
ATUR CARA SAMBUTAN AMBANG MERDAKA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2009

 7.30 malam : Majlis Berbuka Puasa , Tahlil, dan Solat Tarawikh (Masjid UKM)
 9.40 malam : Ketibaan Tetamu Jemputan (DECTAR)
: Ketibaan Naib Censelor UKM
(YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shaharudin)
:ketibaan Pengerusi Lembaga Universiti
:YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad

 10.15 malam :Forum Kemerdekaan
 11.00 malam : Deklamasi Puisi Merdeka
 11.40 malam : Ucapan Penyerahan Jalur Gemilang
 11.50 malam : Bacaan Doa Kesyukuran Oleh Ketua Pusat Islam UKM
(Prof. Madya Dr. Fuadzinaim Hj. Badaruddin)
 12.00 Tgh malam : Sambutan Detik Kemerdekaan
: Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
: Acara Potong Kek
 12.15 Tgh malam :Jamuan Ringan

Setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan , Malaysia membangun dengan penuh bergaya sekali. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum merupakan kunci dan nadi kepada keutuhan kemerdekaan yang telah kita lalui selama ini. Kini rakyat Malaysia menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi, dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat yang berbilang kaum di negara untuk menjadi negara yang moden, beradab dan dihormati. Kini Malaysia harum di pentas dunia dengan penuh gahnya sebagai negara yang membangun dan stabil daripada pelbagai sudut sama ada ekonomi, sosial dan politik.
Bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 kali ini pihak Universiti Kebangsaan Malaysia turut sama meraikan sambutan tersebut di peringkat universiti. Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan sambutan ambang kemerdekaan pada malam 30 Ogos 2009. Terdapat pelbagai program yang telah di atur oleh pihak universiti bagi menjayakan program yang saban tahun diadakan. Sambutan ambang kemerdekaan ini diadakan bertujuan untuk menambahkan penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan di samping memeriahkan lagi Sambutan Ambang Merdeka UKM 2009.
Selain itu, Sambutan Ambang Kemerdekaan ini juga diadakan mempunyai beberapa tujuan lain antaranya ialah yang pertama untuk mengingati jasa dan pengorbanan para pejuang dan perajurit tanah air yang bertungkus-lumus untuk mencapai sebuah kemerdekaan negara kita yang tercinta ini.

Majlis yang saban tahun diadakan ini berlangsung di Dewan Censelor Tunku Abdul Rahman atau mudah dikenali (DECTA) UKM. Pada jan pukul 9.40 malam DECTA mulai dipenuhi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan mahasiswa dan siswi yang datang daripada pelbagai kolej kediaman. Antaranya pasukan PALAPES UKM yang berpakaian seragam iaitu lelaki memakai baju Melayu hitam dan bersampin manakala bagi wanita pula berpakai baju batik yang berwarna hijau bagi menyerikan lagi majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan 2009. Turut serta dalam majlis itu pasukan SUKSIS UKM yang berpakaian uniform. Pihak universiti telah membekalkan bendera setiap seorang bagi menyempurnakan majlis kibarkan bendera pada akhir majlis ini. Majlis dimulakan dengan ketibaan Naib Censelor UKM iaitu YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. syarifah Hapsah Syed Hasan Saharuddin dan ketibaan Pengerusi Lembaga Universiti iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad.
Pada jam pukul 10.15 malam majlis dimulai dengan forum kemerdekaan yang bertajuk “Tolak Keganasan dan Ambil Kebahagiaan” . forum ini telah dipengerusikan oleh tiga orang ahli penal. Yang pertama Prof. Idris Zakaria berasal daripada Fakulti Pengajian Islam (FPI) , yang kedua ialah Prof. Amar Johari Moian berasal daripada Fakulti Bahasa Moden dan Kumunikasi (UPM) dan ahli panel yang ketiga ialah Leftenal koronel Juri Tansripan yang merupakan ketua PALAPES UKM sendiri.
Forum ini dimulakan dengan ahli panel yang pertama yang menceritakan sejarah pahit yang telah dialami oleh keluarga beliau sendiri dalam menghadapi komunis pada tahun 1945. Peristiwa ini amat menyedihkan apabila ayah beliau yang turut dipenggal kepala semasa keganasan komunis yang berlaku di Paya Besar Johor Baru. Pada ketika itu ayah beliau merupakan seorang ketua kampung di sana. Prof juga mempunyai 9 orang adik-beradik dan beliau adalah anak bongsu daripada 9 orang adik-beradik. Pada suatu petang ayah beliau diberitahu bahawa ada di kalangan penduduk kampung yang telah tahan oleh pihak komunis yang kejam dan ayahnya keluar daripada kampung untuk menjamin penduduk kampung yang telah ditahan.
Pada keesokan harinya, mereka menunggu pemulangan ayah dan hari demi hari yang telah berlalu tanpa adanya berita mengenai ayahnya dan akhirnya ada penduduk kampung yang memberitahu bahawa ayah beliau telah dipenggal kepala sampai putus. Prof juga ada menceritakan bahawa perkara yang sama telah berlaku di kampung jirannya yang bersebelahan kampung beliau pada masa itu. Ramai pemimpin-pemimpin yang telah dibunuh oleh pihak komunis termasuk Ismail bin Abdullah yang merupakan pegawai Batu Pahat dan beberapa lagi pemimpin lain. Selain itu, Prof juga penah melawati dan mengkaji banyak negara yang dijajah dan menjajah untuk mengetahui apakah yang berlaku pada sesebuah negara sehingga menyebabkan mereka menjajah dan dijajah. Antaranya Masco yang merupakan pusat komunis dan Filipina, Indonesia , Uzbekistan dan lain-lain yang menjadi mangsa penjajahan komunis.
Forum diteruskan oleh ahli panel kita yang kedua Dr.Mohammad Nik Zaaba bin Nik Nor yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bekas Perajurit Malaysia yang menceritakan darurat Tanah Melayu pada tahun 1948 sampai 1960. Pada masa ini Tanah Melayu telah menambahkan anggota tentera bagi menentang komunis. Pihak komunis telah mengganas dengan membakar ladang-ladang dan rumah-rumah orang kampung serta telah merosakkan rel-rel kereta api. Komunis juga telah membuatkan kacau-bilau di tanah Melayu dalam tempoh yang lama sehinggakan banyak infrasuktur yang musnah akibat daripada keganasan tersebut. Dan dalam forum beliau telah menasihati agar jangan mudah percaya dengan kuasa asing kerana boleh merosakkan keamanan negara, kita harus menjaga tanah air yang tercinta, dan yang terakhir adalah hargailah jasa dan pengorbanan para pejuang yang sanggup menggadai nyawa demi negara kita.
Seterusnya ahli panel yang ketiga telah menceritakan kisah hidup beliau yang penuh suka dan duka. Beliau yang dimaksudkan ialah Leftenan kolonel Juri bin Tansripan. Beliau merupakan Ketua PALAPES UKM dan beliau lahir pada tahun 1959 selepas merdekanya tanah air kita. Ayahnya bekerja sebagai buruh binaan yang hanya bergaji kan 300 sebulan, disebabkan itu beliau terus menceburi bidang tentera di samping membantu keluarga. Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik, dan dalam forum nya beliau telah memaparkan video yang penah dilalui sepanjang berada dalam bidang ketenteraan. Beliau juga turut menasihati mahasiswa dan siswi agar belajar bersungguh-sungguh agar jangan mensia-siakan harapan ibu bapa dan menasihati kepada mahasiswa dan siswi jangan menggadaikan keamanan yang kita kecapi selama ini serta menilai apakah yang dimaksudkan dengan “Erti Kemerdekaan”.
Pada jam pukul 11.00 malam majlis diteruskan dengan deklamasi kan sajak yang bertajuk “SEBUAH CERITERA MELAYU DAN PERJUANGAN” yang disampaikan oleh Prof. Idris Zakaria daripada Fakulti Pengajian Islam (FPI). Sajaknya yang dikarang oleh Dato’ Onn yang berkisah sejarah dan semangat pejuang tanah air yang tidak penah luntur. Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh pasukan ARTISUKMA yang bertajuk “HAYAT KEMERDEKAAN”. Sajak ini mengajak kita agar sentiasa hormat-menghormati serta jangan bermusuh sesama kita. Sajak ini disampaikan oleh dua orang wakil kaum iaitu Melayu dan Cina.
Selepas itu majlis diserikan dengan acara penyerahan jalur gemilang. Penyerahan jalur gemilang ini dimulai dengan kawat kaki oleh pasukan PALAPES dan SUKSIS yang diketuai oleh pasukan PALAPES. Keadaan dewan ketika itu menjadi terdiam apabila melihat keseragaman semasa pertunjukan pegawai kadet. Setelah itu tepat jam 12.00 tengah malam semua warga dewan melaungkan merdeka!!! Sebanyak 7 kali yang diketuai oleh Naib Censelor UKM (YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syarifah Hapsah Syed Hasan Saharuddin) dan menyanyikan lagu NEGARAKU sambil dinaikkan bendera Malaysia. Selepas itu diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil warga dewan mengibarkan bendera yang dibekalkan.

Komen / pandangan dari aspek persembahan dan pengurusan teknikal
Saya berpendapat bahawa Sambutan Ambang Kemerdekaan ini telah memberi pendedahan kepada para penonton yang hadir akan sikap bersatupadunya rakyat Malaysia yang mana bahawa masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk. Hal ini yang menunjukkan sikap bersatupadunya rakyat Malaysia kerana kaum yang berbangsa Cina juga turut membuat persembahan. Bukan itu sahaja, bahkan semua kaum yang ada di Malaysia seperti kaum Cina, India dan Melayu turut bergabung dalam suatu persembahan untuk bersama menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Dari segi kedudukan pentas pula, saya berpendapat bahawa kesemuanya berada dalam kedudukan sangat strategik. Hal ini kerana kedudukan pentas menghadap ke hadapan kelihatan lebih jelas lagi.Hal ini juga kerana orang ramai dan tetamu terhormat yang hadir menyaksikan persembahan di atas pentas tersebut berada lebih selesa untuk menyaksikan persembahan yang ada di atas pentas tersebut. Kedudukan kerusi yang tersusun rapi kelihatan kemas dan memudahkan para jemputan untuk mengisi ruang.
Dari aspek pengurusan teknikal, saya melihatnya pengurusannya dalam keadaan yang teratur kerana saya percaya yang terlibat dalam menyediakan pentas seperti ini melibatkan golongan yang professional dan berpengalaman. Hal ini kerana pengurusan teknik pencahayaan lampu sangat sesuai sehingga dapat menaikkan suasana kemeriahan semasa majlis berlangsung. Pencahayaan ini penting kerana dapat memainkan peranan persembahan supaya persembahan tersebut lebih dapat di hayati oleh para penonton seperti pencahayaan semasa persembahan lagu-lagu patriotik.
Dari segi pengurusan teknikal penyusunan kedudukan alatan juga pada pemerhatian saya adalah sangat sesuai. Hal ini, kerana alat pembesar suara di letakkan di tempat yang strategik seperti alat pembesar suara yang mempunyai dentuman suara yang kuat di letakkan di bahagian bawah di kiri dan kanan pentas manakala dentuman suara yang kecil pula di letakkan di atas pentas. Hal ini kerana kedudukan alat pembesar suara yang mempunyai dentuman yang kuat sememangnya memerlukan kedudukan yang sangat stabil supaya tidak terjatuh.
Disediakan oleh:
——————————–
(MOHD KHAIRI BIN AHMAD)

PENGHARGAAN
Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan yang diamanahkan kepada saya dan dapat disiapkan dengan sempurnakan. Dengan adanya laporan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Di sini juga saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan semasa menyiapkan laporan yang ditugaskan. Di kesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar. Insya Allah saya akan meneruskan dalam persilayan pada masa akan dating. Dengan ini, saya sudahi dengan lafaz yang mulia assalamualaikum…

2 Komen

  1. jayyidah89 said,

    Oktober 28, 2009 pada 5:04 pm

    fuyyo…ambik mane idea nak wat laporan gini nih…
    mesti dapat a punya…hehe…

  2. khai89 said,

    Oktober 29, 2009 pada 1:49 am

    emmmm ambo kan bijok hahahhaha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: